Risiko GST pada negara Malaysia

GST adalah cukai yang membebankan rakyat kerana rakyat yang ingin berniaga diperuntukan membayar cukai mengikut undang-undang. Sabah dan Sarawak pasti terbeban kerana banyak kos sara hidup yang hendak ditanggung. Rakyat akan terbeban apabila rakyatnya terpaksa menanggung kos penerbangan, harga surat akhbar Sabah dan Sarawak tidak sama dengan harga surat khabar di Semenanjung serta ditambah pula kenaikan kos harga pasaran yang tidak menentu melibatkan isu global serta ditambah dengan cukai GST, ini akan mengakibatkan para perniaga akan mencari keuntungan manakala pengguna akan tertangggung beban jika membeli barang yang dikenakan GST dengan terlalu banyak disebabkan setiap barang akan dikenakan GST, rakyat yang miskin yang memerlukan barang keperluan terhad untuk meneruskan hidup.
Selain itu, cara yang paling mudah hidup tanpa cukai ialah menambah hasil kekayaan ekonomi negara dengan melibatkan perdagangan luar dan dalam negara. Jika dahulu empat kelompok negara iaitu Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina yang menyertai Persekutuan Malaysia sudah lama kerajaan tidak memerlukan cukai dan mampu membeli satelit kerana hasil sumber muka bumi yang banyak. Sebaliknya, pembentukan Malaysia pada waktu itu gagal kerana protes besar-besaran oleh puak parti radikal. Tetapi kini Malaysia sudah memiliki hak kerjasama melalui perundingan dan perkongsian kelompok ASEAN dan ASEAN +3 (Jepun, Korea Selatan dan Cina), dan kerjasama pertahanan antara negara anggota ZOPFAN.

Comments

Popular posts from this blog

Ciptaan Teori Politik Oleh Plato

Japanese Children's Song - 童謡 - Panda, Usagi, Koara - パンダうさぎコアラ

Langkah Penjimatan Tenaga Petrol dan Diesel Untuk Mencari Sumber Alternatif Baru